Tuesday, March 15, 2011

Ketahuilah....

Bila engkau memandang segalanya daripada Allah
Yang menciptakan segalanya
Yang menimpa ujian
Yang menyebabkan sakitnya hatimu
Yang membuatkan keinginanmu terhalang
Serta menyusahkan hidupmu
Pastinya akan damai hatimu
Kerana masakan Allah
Sengaja mentadbirkan segalanya
Untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan Allah tidak tahu
Deritanya hidupmu
Pecahnya hatimu
Tapi mungkin itulah yang DIA mahu
Kerana dia tahu hati yang sebegini selalunya
Lebih lunak dan mudah
Untuk dekat dan akrab pada NYA........

NUMIZ AZHAM
25/8/01

No comments:

Jom Ikut Aku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...