Monday, March 14, 2011

Botol susu bayi polikarbonat bisphenola diharamkan mulai 1 Mac 2012



PC atau polycarbonate ini dibuat daripada sejenis kompaun organic polycarbonate resins yang boleh merembeskan bahan toxic iaitu Bisphenol A atau nama glamornya BPA. BPA boleh meresap ke dalam air minuman dengan kewujudan haba atau agen pencuci.

Kesan BPA terhadap bayi dan kanak – kanak paling dibimbangkan kerana boleh mengakibatkan kecacatan otak dan membantut tumbesaran. Ia juga dipercayai boleh menyebabkan breast kanser dan prostat kanser.

Berikut adalah kesan buruk BPA:

* Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
* Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
* Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
* Masalah kegemukan atau obesiti
* Kecacatan pada bayi baru lahir
* Menambahkan risiko kematian bayi
* Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
* Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
* Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif



Sila check label botol anda. No. 7 menunjukkan ianya mengandungi BPA!


PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi ”Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat digunakan golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.

“Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ‘bisphenol A’ ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar,” katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. – Bernama

ERTI PERSAHABATAN

Dalam Dunia Ini,
Kita Tidak Punya Sesiapa Kecuali Diri Sendiri..
Tetapi Dalam Kita Bersendiri,
Kita Beruntung Kerana Mempunyai Seorang Sahabat Yang Memahami Kita.

Sebagaimana Kita Mengharapkan Keikhlasan Dan Kejujuran Seorang Sahabat,
Begitu Juga Dia.
Tetapi Kita Sering Terlupa Akan Hal Itu.
Kita Cuma Mengambil Kira Tentang Harapan Dan Perasaan Kita.

Kita Rasa Dikhianati Bila Dia Tidak Menepati Janjinya.
Kita Tidak Memberi Dia Peluang Untuk Menerang Keadaannya.

Bagi Kita,
Itu Alasannya Untuk Menutup Kesilapan Dan Membela Diri.
Kita Terlupa, Kita Juga Pernah Membiarkan Dia Ternanti-Nanti..
Kerana Kita Juga Ada Janji Yang Tidak Ditepati.
Kita Beri Beribu Alasan, Memaksa Dia Menerima Alasan Kita.

Waktu Itu, Terfikirkah Kita Tentang Perasaannya??
Seperti Kita, Dia Juga Tahu Rasa Kecewa.. Tetapi Kita Sering Terlupa.
Untungnya Mempunyai Seorang Kawan Yang Sentiasa Di
Sisi Kita Pada Waktu Kita Memerlukan Dia.

Dia Mendengar Luahan Perasaan Kita,
Segala Rasa Kecewa Dan Ketakutan,
Harapan Dan Impian Kita Luahkan,
Dia Memberi Jalan Sebagai Laluan Penyelesaian Masalah.

Selalunya Kita Terlalu Asyik Bercerita Tentang Diri Kita,
Hingga Kadang-Kadang Terlupa Kawan Kita Juga
Ada Cerita Yang Ingin Dikongsi Bersama Kita.
Pernahkah Kita Memberi Dia Peluang Untuk Menceritakan
Tentang Rasa Bimbangnya, Rasa Takutnya?

Pernahkah Kita Menenangkan Dia Sebagaimana Dia Pernah
Menyabarkan Kita?

Ikhlaskah Kita Mendengar Tentang Kejayaan Dan Berita
Gembiranya?
Mampukah Kita Menjadi Sumber Kekuatannya Seperti Mana
Dia Meniup Semangat Setiap Kali Kita Merasa Kecewa Dan
Menyerah Kalah?

Dapatkah Kita Yakinkan Dia Bahawa Kita Boleh Dipercayai,
Kita Boleh Dijadikan Tempat Untuk Bersandar Bila Terasa Lemah,
Agar Tidak Rebah?

Bolehkah Kita Menjadi Bahu Untuk Dia Sandarkan
Harapan?

Sesekali Jadilah Kawan Yang Mendengar Dari Yang Hanya Bercerita.
Ambillah Masa Untuk Memahami Hati Dan Perasaan Kawan,
Kerana Dia Juga Seorang Manusia;
Dia Juga Ada Rasa Takut,
Ada Rasa Bimbang, Sedih Dan Kecewa.
Dia Juga Ada Kelemahan Dan
Dia Juga Perlukan Kawan Sebagai Kekuatan.

Jadilah Kita Kawannya Itu.
Kita Selalu Melihat Dia Ketawa,
Tetapi Mungkin Sebenarnya Dia Tidak Setabah
Yang Kita Sangka.

Disebalik Senyumannya Itu,
Mungkin Banyak Cerita Sedih Yang Ingin Diluahkan,
Disebalik Kesenangannya,
Mungkin Tersimpan Seribu Kekalutan,
Kita Tidak Tahu..
Tetapi Jika Kita Cuba Jadi Sahabat Seperti Dia,
Mungkin Kita Akan Tahu.



.:: Belajarlah Bersyukur Dengan Jodoh Anugerah Tuhan..
Usah Mendambakan Teman Secantik Balqis, Andai Dirimu
Tidak Seindah Sulaiman.. Mengapa Diharapkan Teman
Setampan Yusof, Andai Dirimu Tidak Setulus Zulaikha...
Tak Perlu Mencari Seistimewa Khadijah, Andai Dirimu
Tidak Sesempurna Rasulullah SAW ::.

Wajah Baru......

Perghhhhhh lama giler x buka blog sendiri...ni pun buka lepas kene tanya sepupu kalo x memang x jumpa....tajuk kat atas tu WAJAH BARU tapi bukan aku yang berwajah baru blog je hehehe........ala baru pun background kat belakang tu je yang lain tetap sama...

Ni nampak sangat aku memang tengah xde keje....ehhhh kita layan cite selanjutnya nanti k tengah cari idea nak mencantikkan blog ni.....

Jom Ikut Aku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...